Apabila baru-baru ini gempar kes gaduh besar yang berlaku di
plaza Lowyat hingga hampir membuatkan perbalahan kaum, aku ada kisah sendiri
bagaimana ditipu masa beli smartphone di sana.
Masa tu aku, adik dan adik ipar pergi Lowyat sebab adik aku
nak beli smartphone baru. Target adalah smartphone Samsung Galaxy Mega, survey
punya survey jumpa satu kedai ni yang offer harga paling rendah. Selepas deal
kitorang pun jadi la nak angkat smartphone tu, so seller tu minta la RM50
sebagai deposit sebab dia nanti nak pergi amik stok kat stor (ke stokis lain,
aku tak sure). Bila barang sampai, seller bagitahu harga dia beritahu awal-awal
tadi (RM1200) adalah harga 2 tahun lepas untuk set lama, harga sekarang RM1300
lebih yang mana kitorang kena tambah duit dalam seratus lebih lagi. GILA!
Kemudian seller tu sambung lagi dan cakap yang tu harga
untuk AP set, kalau yang original harga RM1400 lebih (lagi mahal dari kedai
yang kitorang survey sebelum ni). Bertambah BENGANG aku.. ikutkan hati aku
memang nak blah je camtu biarlah burn duit deposit RM50 tadi. Tapi aku serahkan
pada adik aku untuk buat keputusan sebab dia yang nak beli phone tu, dia kata
ambil lah sebab penat dah kot jalan dan survey dari tadi. OK! Redha jelah
Itu satu hal pasal harga, satu hal lagi pasal warna. Masa
deal kitorang minta phone warna putih, kemudian yang sampai phone warna hitam. Bila
tanya kenapa warna lain, seller tu cakap tadi U minta warna hitam la, “Apahal
pulak hitam, I minta putih U tu yang silap dengar!! Ni adik-adik I bleh jadi
saksi yang I cakap nak phone warna putih!”, naik satu oktaf suara aku. Dan-dan
dia cakap stok warna putih dah habis. Kitorang tahu la dia tu malas nak pergi ulang-alik
naik lif semula. Berganda-ganda BENGANG aku. Sampai situ aku serahkan pada adik
aku dan suami dia untuk buat keputusan nak beli ke tak, aku blah ke tepi malas
nak hadap dah muka seller cina tu.
Rugi sebab ramai pembeli boikot |