Pages

Tuesday, August 14, 2012

Tips nak harungi jem jalan


Sempena nak raya ni mesti ramai yang berpusu-pusu nak pulang ke kampung kan. Masa tu jalan konfem jem punya, nak-nak laluan KL-Kelantan. Kat sini aku nak kongsikan beberapa tips nak harungi jem panjang serta lama ni.

  1. Sediakan botol kosong dan air minuman serta makanan yang mencukupi
  2. Pastikan aircond dalam keadaan baik
  3. Yang pakai Android tu install Plus Toll Rate, takpun pakai Waze. Dalam tu semua live update, boleh standby bab info trafik
  4. Matikan enjin / tutup aircond sekiranya betul-betul keadaan kereta tak bergerak langsung, kalo tak nanti over heat. Senang cerita, kurangkan pasang aircond time jem ni
  5. Standby lagu-lagu best, time jem boleh layan. Siap sedia topik borak dengan penumpang, sedikit sebanyak kurang rasa penat dan ngantuk
  6. Minyak isi biar penuh, nanti tak payah susah nak tolak kereta
  7. Sebelum bergerak buka website macam ni, http://llmtrafik.gov.my/ tengok keadaan semasa trafik di sesetengah highway
  8. Jangan guna laluan kecemasan, biar lambat asal selamat. Kalau dah accident lagi lama masa diambil untuk repair kereta..tu pun kalau tak teruk
  9. Bertolak pada malam atau pagi, awal pagi jam 2-3 ke
  10. Cuba laluan alternatif. Beli GPS, cuba cari laluan alternatif. Guna jalan lama ke, selalu jarang orang lalu.
  11. Bawa kereta kecil macam kelisa, viva, kancil..senang nak cilok-cilok
  12. Pakai kereta auto, nanti tak payah susah-susah tukar gear.
  13. Naik motosikal
  14. Baca doa naik kereta dan elak bala
  15. Bebanyak bersabar dan berzikir
insyaALLAH selamat pergi dan balik..Amin...

 ~Cerita yang tak berkaitan:
2. Lagu raya dari PROTON