Sunday, August 12, 2012

Hari raya adalah hari kutip duit

Dulu masa zaman aku budak-budak, orang bagi duit raya paling common dapat 20 sen, 50 sen. Bila dapat seringgit tu kira untung lah. kalau 5 ringgit ke atas, heaven!!
tapi zaman tu dah lama berlalu, budak-budak sekarang mana pandang dah nilai sen-sen. adapun yang bagi seringgit boleh lagi cakap hek eleh..
Yela, seringgit kalau beli gula-gula baru dapat beberapa biji je. Beli aiskrim baskin robbin pun tak lepas.

Kelakarnya bila time raya, rumah-rumah yang bagi duit raya paling banyak mesti kena serbu. Kes adik aku, lepas ziarah satu-satu rumah dia dengan kawan-kawan dia pasti akan berkumpul dan berbincang dan lepas tu promosi dekat kawan-kawan yang lain rumah mana yang paling banyak bagi duit raya..haha. Dari pagi sampai petang tak nampak batang hidung, sibuk duk mengumpul kekayaan katakan.
Time tu kalau bersalaman dengan budak dari kampung mana entah tak pelik la.
Kesimpulannya kegembiraan budak-budak adalah bergantung pada banyaknya duit raya mereka dapat. Semakin banyak duit semakin gembira!

~~Ohh mengimbau kenangan sambil berfikir nak mengisi angpau

2 comments:

shameel Iskandar said...

Salam Sara.
Dulu sy pun seronak sgt kutip duit raya dari rumah ke rumah, tapiskrg saya pula yg kena bagi duit raya kt budak2. huhuhu.

sara pedrosa said...

@shameel Iskandar sama la, kalo tak kita yg dewasa ni bagi tak merasalah duit diorang