Tuesday, April 15, 2014

Buat Panggilan ke Extension Secara Automatik di iPhone

Copy&Paste

Memanggil nombor telefon dikendalikan oleh pengendali automatik boleh membuatkan kita menunggu lama. Biasanya suara pada hujung menyenaraikan pilihan untuk pengguna pilih sebelum sampai kepada orang yang kita kehendaki.

Berikut adalah cara licik untuk melepaskan diri daripada mesin dan terus kepada orang yang kita kehendaki jika kita tahu nombor 'extension' orang tersebut.

1. Katakanlah anda menelefon kawan di syarikat dengan nombor telefon 234-5678. Extension rakan anda adalah 9101. Masukkan dulu nombor telefon yang asal.

2. Pegang jari anda pada butang * sehingga koma muncul. Ini dikenali dalam telefon sebagai tanda 'pause'.

3. Masukkan nombor extension dan tekan call.

Koma yang anda masukkan akan mengarahkan iPhone anda untuk pertama memanggil nombor utama, dan kemudian dail sambungan tersebut. Maksudnya anda tidak perlu mendengar balasan dari operator atau mesin penerima panggilan.





1 comment:

Nur Aliyah Syofia said...

hai awk:)

jemput join simple review segment by me :) tinggal beberapa hari shja lg.
:http://aliyahsyofia.blogspot.com/2014/04/simple-review-segment.html