Setiap kali menaiki kapal terbang, pernahkah anda tertanya apa fungsi
atau sebab utama perlu matikan telefon bimbit apabila menaiki kapal terbang?
Bagaimana ini boleh mempengaruhi penerbangan anda? Ataupun pernahkah
anda tertanya cara termudah dan termurah untuk naik taraf penerbangan
anda ke kelas pertama?
Kini tersenarai semua rahsia yang anda wajar tahu untuk penerbangan anda yang seterusnya!
1) Anda boleh cuba penerbangan First Class
Tetapi tidak perlu bayar tiket penerbangan kelas pertama. Menurut krew
kabin, ini boleh dilakukan, terutamanya jika kawasan kabin kelas pertama
tidak ramai, anda berpakaian kemas macam Victoria Beckham, ibu yang
mengandung, jika anda tinggi dan kacak atau kawan kepada krew kabin. Menurut seorang pramugari yang tidak ingin berkongsi nama beliau. Bukan
selalu mereka lakukan perkara ini, terutamanya kerana terpaksa
menerangkan mengapa penumpang dipindahkan ke kelas pertama.
2) Boleh buka pintu bilik air dari luar
Jaga-jaga, pintu bilik air dalam pesawat boleh dibuka dari luar, semua untuk tujuan keselamatan.
3) Topeng oksigen berikan anda 15 minit oksigen
Jangan berlengah apabila keluar topeng oksigen. Ini kerana anda hanya
mempunyai 15 minit untuk memakai topeng tersebut, dan 15 minit
untuk juruterbang bawa pesawat ke altitude lebih rendah agar anda boleh
bernafas dengan normal.
4) Jangan minum air pesawat
Air dalam botol mineral tidak mengapa. Tetapi jangan sentuh air yang
tidak datang dari botol bersih dan tertutup. Ini kerana ia tidak bersih.
5) Juruterbang dihidang dua makanan berbeza
Contoh, jika juruterbang dihidang nasi lemak, pembantu juruterbang akan dihidangkan mee kari. Sekiranya satu hidangan buatkan seseorang sakit perut, ada makanan berbeza dan kita boleh kesan puncanya.
6) Suasana tenang dalam kapal terbang
Dalam kapal terbang komersial, ada sistem komputer yang boleh kesan kekuatan suara penumpang. Katakan pada sesuatu masa,semua penumpang sedang bercakap dgn kadar purata 70db. Sistem komputer akan kesan 70db tadi dan menghantar semula -40db. Jadi suasana dalam pesawat tenang dan tak bising kerana bunyi hanya tinggal 30db. Fenomena dinamakan interference wave, node and antinode.
7) Hotel percuma
Kalau nak check in domestik atau international, kalau boleh biarlah awal, jangan last minute.
Sebab bila penerbangan dibatalkan, sesiapa yang dah check in dan lugagge dah
masuk flight, penumpang tersebut dapat duduk hotel secara percuma.
Contoh kalau penerbangan dibatalkan keesokannya sebab ribut salji, penumpang yang dah check in dapat tinggal dekat hotel berhampiran.