Tuesday, May 8, 2012

Smart TV, sejauh mana kecanggihannya


Dulu masa kecil-kecil TV pertama yang abah beli adalah versi cathode ray tube berjenama Toshiba. Sampai sekarang ada simpan lagi, tapi entahkan elok lagi ke tidak sebab lama dah tak pasang. Begitulah bila dah ada yang baru, yang lama dilupakan.
tv toshiba
Sekarang ni jarang sangat dah orang guna TV cathode ray tube tu, kebanyakan dah beralih ke TV skrin leper macam TV plasma, LCD dan LED. Teknologi makin canggih kan..dah la ringan, tak payah runsing sakit-sakit mata kalau tengok pada  jarak dekat, gambar  pula lebih jelas, lebih tajam dan terang.

Terkini,
Nak lagi canggih gunalah Smart TV, teknologi daripada Samsung. Bukannya aku nak promote produk Samsung sangat, tapi ini benar-benar mengagumkan,

  • Tontonan 3D, dan boleh ditukar-tukar menjadi versi 2D
  • Guna suara kita atau pergerakan badan  untuk control TV, tak perlu guna remote control.
  • Nak buka TV tak perlu susah-susah  tekan butang ‘on’, Cuma cakap "Hi, TV" atau "Smart TV" nanti automatik on.
  • Jadikan tangan sebagai tetikus untuk navigasi kat TV, Smart TV ada sensor yang boleh mengesan pergerakan tangan kita. Tunjuk penumbuk bila nak bagi arahan ‘klik’.
  • Ada face recogniton
  • Pautan ke portal hiburan Samsung iaitu SmartHub. Boleh akses internet dan aplikasi lain.
  • Built-in TV camera, built-in WiFi Direct.
  • Ada AllShare Play, nanti bila disambung ke peranti Samsung lain boleh view gambar, filem mahupun muzik. Boleh juga sambung kat peranti Apple, tapi yang tertentu sahaja.
 
  • Boleh jadikan Samsung smartphone ataupun tablet sebagai  remote control.
  • Banyak lagi di www.samsung.com
Canggih gila kan teknologinya, kalau ada sebijik ni memang tak ke mana la jawabnya, asyik melekat depan TV je.
Harga?
RM19, 900 bagi 55in LED TV Smart. Fuhhs

3 comments:

fatiehah asmui said...

aku tengok iklan tv ni..kat mana xsure, tpi dekat billboard tepi jalan dah ada iklan tv ni..

frst time tengok aku rasa fuyyooooo!!!

sara pedrosa said...

@fatiehah asmui beli la bagi aku sebijik.. muahaha

Miza Mior said...

Giler murah harganyer......