Pages

Showing posts with label aku abang. Show all posts
Showing posts with label aku abang. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Bina Badan Dengan Supermass Dymatize

pernah baca mengenai entri aku sebelum ni yang bertajuk Susu Bina Badan ?
di dalam entri tersebut, aku menceritakan bagaimana gigihnya abang aku membeli susu Horleys Body Build untuk mensasakan badan beliau.
bagaimanapun hasil daripada minum susu tersebut tidaklah seperti yang diharapkan.
abang aku tidak sasa seperti sasanya badan abang-abang askar mahupun pemain-pemain bola sepak

maka aku cadangkan satu inisiatif lain iaitu Supermass Dymatize
supermass dymatize ini merupakan supplement dari bahan tenusu lembu dan herba-herba, diperbuat di US

dymatize supermass gainer yang berperisa coklat~~sedap

produk ni aku dah usha lama dah sebelum rekomenkan pada abang aku
daripada testimoni pembeli yang rata-rata positif jadi aku harapkan impian abang aku juga bakal menjadi kenyataan

setakat ni abang aku minum dah habis sekotak, badan dia naik 2 kilo..muscle tak nampak sangat.
logik la sebab dia malas bersenam, main minum je mana jalan sangat.
sekarang masuk kotak ke dua dah, sebab ada hasil positif kan jadi dia berani sambung minum lagi
apa hasil seterusnya?? aku akan cuba update pada masa akan datang..kalau letak gambar dia before n after mesti lagi suka kan?

untuk sesiapa yang nak besarkan badan/tambah berat pun boleh cuba
untuk jadi sasa macam abang dekat kotak tu kenalah rajin bersenam..hehe

Monday, November 28, 2011

Main Banjir Lagi

Semalam pergi main air banjir lagi. Subuh tu nenek kat Rantau panjang talipon ajak kami adik-beradik pergi tangkap ikan. Apalagi, pukul 7.30 pagi dah bersiap-siap nak bertolak. Semangat!
Sampai kat Panglima Bayu nampak ada lagi label amaran laluan ditutup. Kami redah juga. Kalau ada lagi air banjir atas jalan nanti patah je balik. 
 

Syukur, lepas lalu kat UPP Lalang Pepuyu nampak dah takde air melimpahi jalan raya. Tapi rumah2 kat tepi tu berendam dalam air lagi.

Pastu dekat2 masjid Kubang Rambutan nampak air penuh atas jalan. Ada la takat lutut. Alamakk, kereta kecik tak boleh lalu. Terpaksa la tinggal kereta kat kawasan tinggi kat sana. Nasib dah dekat dengan rumah nenek, jalan kaki la kami merentasi air.

Pagi2 lagi ramai juga budak2 kecik duk mandi manda. Budak2 tua masih dalam kain selimut agaknya, pagi lagi kan.
Bedegooom sana bedegooom sini!!
Maka aku tak melepaskan peluang join sama budak2 ;D


 ~ jemput mai kalo nak rasa air banjir kelantan. Yehaa!

Monday, November 14, 2011

Susu Bina Badan

Lelaki ni kalau kurus sangat tak lawa sangat, kalau gemuk sangat pun tak lawa juga. Yang ramai awek suka badan tuft, berisi sikit tapi tak geleber, kurus sedan-sedan. Sebab tu kebanyakkan artis korea pujaan hati, pakej lengkap.. body lawa rupa menawan. he heh.

2pm: uishh..gaya macam gay

Kat sini, yang body lawa selalunya boleh tengok abang-abang askar. Mostly tuft weh! walaupun rupa jarang yang menawan. Ini salah satu penyebabnya ada antara member aku GILAKAN ASKAR! nampak trak askar atas jalan raya pun dah meroyan. Giler kencang penangannya!


Namun bukan senang nak dapatkan body lawa macamtu. betul tak abang-abang? nak-nak yang berat badan ada yang susah nak naik ~~>underweight people.
Masa kerja kat farmasi dulu, ramai abang-abang askar cari susu Body Build Horleys. Susu untuk naikkan berat badan dan buatkan badan berketul-ketul. Memang yang beli tu kurus je, tapi lepas jumpa balik diorang beberapa bulan kemudian ada peningkatan. Dah mula sasa.
Dengan testimonial daripada mereka aku sarankan susu itu untuk abang aku. Abang aku jenis BMI tak cukup. Maka belilah dia Body Build Horleys dengan harga RM 73 sebekas berperisa coklat.
Susu tu nampak sedap, bau pun wangi.

Suatu hari, lepas makan nasik aku minta sikit dengan abang nak minum. Aku pun nak badan tuft juga. Tengah sedap duk teguk susu tu, ada satu suara minta nak rasa juga susu tu dari aku. Nenek! dia sengih-sengih pandang aku. Aku gelak, nenek nak bina badan juga.. kalah abang-abang askar ni.

Walaupun begitu, minum segelas susu body build tidak akan buatkan badan terus berketul-ketul. Minum habis sebekas tanpa bersenaman juga tidak akan buatkan badan sasa ~petikan kata-kata abang askar.