Monday, November 14, 2011

Susu Bina Badan

Lelaki ni kalau kurus sangat tak lawa sangat, kalau gemuk sangat pun tak lawa juga. Yang ramai awek suka badan tuft, berisi sikit tapi tak geleber, kurus sedan-sedan. Sebab tu kebanyakkan artis korea pujaan hati, pakej lengkap.. body lawa rupa menawan. he heh.

2pm: uishh..gaya macam gay

Kat sini, yang body lawa selalunya boleh tengok abang-abang askar. Mostly tuft weh! walaupun rupa jarang yang menawan. Ini salah satu penyebabnya ada antara member aku GILAKAN ASKAR! nampak trak askar atas jalan raya pun dah meroyan. Giler kencang penangannya!


Namun bukan senang nak dapatkan body lawa macamtu. betul tak abang-abang? nak-nak yang berat badan ada yang susah nak naik ~~>underweight people.
Masa kerja kat farmasi dulu, ramai abang-abang askar cari susu Body Build Horleys. Susu untuk naikkan berat badan dan buatkan badan berketul-ketul. Memang yang beli tu kurus je, tapi lepas jumpa balik diorang beberapa bulan kemudian ada peningkatan. Dah mula sasa.
Dengan testimonial daripada mereka aku sarankan susu itu untuk abang aku. Abang aku jenis BMI tak cukup. Maka belilah dia Body Build Horleys dengan harga RM 73 sebekas berperisa coklat.
Susu tu nampak sedap, bau pun wangi.

Suatu hari, lepas makan nasik aku minta sikit dengan abang nak minum. Aku pun nak badan tuft juga. Tengah sedap duk teguk susu tu, ada satu suara minta nak rasa juga susu tu dari aku. Nenek! dia sengih-sengih pandang aku. Aku gelak, nenek nak bina badan juga.. kalah abang-abang askar ni.

Walaupun begitu, minum segelas susu body build tidak akan buatkan badan terus berketul-ketul. Minum habis sebekas tanpa bersenaman juga tidak akan buatkan badan sasa ~petikan kata-kata abang askar.


6 comments:

Anak Wak Mail said...

haha..nenek pon nak jugak,,kelakar la nenek!

sara pedrosa said...

haha..nk wat camne ;D

Anonymous said...

Biasa benda ni ad kt farmasi mane! Guardian ad x?

sara pedrosa said...

Selalunya mana2 farmasi yg jual ubat ada jugak susu ni.. guardian takde rasanya.

Ahmad Haziq Azlan said...

rm73?
berapa berat dia?
besar tak bekas dia

sara pedrosa said...

@Ahmad Haziq Azlan berat 570 g.. kecik je bekas dia