Pages

Sunday, October 9, 2011

Bila Patah Tangan

Aku sedikit kesal bila nenek saudara aku tu tak mahu dirawat oleh doktor. Sakitnya bukan sakit kecil. Patah tangannya kena hentam dek buah nangka. Malang tidak berbau lah kan.
Tapi wajar ke keadaan macam ni, apabila bomoh diutamakan. Boleh ke bomoh tu pancarkan sinar-X ke untuk melihat sejauh mana kecederaanya.
Susah betul nak mengubah mentaliti warga tua sepertinya.
Perubatan moden adalah yang seeloknya. Mereka yang terdiri dari cerdik pandai. Mereka yang terlatih dan belajar perihal tubuh badan manusia dan segala bagai.
Khidmat bomoh bukan tidak boleh digunakan. Setelah habis ikhtiar dengan perubatan moden, barulah boleh merujuk pada perubatan tradisional seperti bomoh. Sememangnya ada sesetengah penyakit tidak dapat diubati oleh doktor.
Bila jumpa bomoh tak sembuh-sembuh juga mulalah kalut nak ke hospital. Masa tu boleh la rasa pelbagai sakit. Sakit telinga la salah satunya..menadah ceramah percuma dari para doktor.

Sekian.