Monday, October 31, 2011

Kisah kambing

Aku ada pelihara sekor kambing ni. Hensem punyaa. Walaupun kambing tu betina, tapi rupa tidak dapat diklasifikasikan sebagai lawa.
Baru-baru ni dia dah lahirkan sekor anak. Pun betina jugak. Aku nak namakan nama anak dia tu Jonathan. Tak kisah la dia tu betina.

Ini bukan jonathan. jonathan sempat melarikan diri ketika pic di snap

Jonathan ni kira pengganti la, sebab minggu lepas-lepas 2 ekor kambing famili aku mati. Seekor mati mengejut, seekor lagi mati kena sembelih. Terpaksa sembelih sebab yang sekor tu pun sakit jugak. Walaupun Doktor Aziz dah bagi injection yang berharga 4 ringgit, kambing tu tetap lemah jugak. Makan tak lalu, tak bleh jalan..last-last terpaksa sembelih. Binatang ni kalau dah sakit susah nak survive kan.

Sekarang ni kambing famili aku ada soploh ekor, campur hak milik adik-adik, abah atok n abang. So kalau sesape berminat nak beli boleh contact aku directly. Harga boleh nego. hehee

~Saranan untuk anda, belalah kambing. Sedap dijadikan lauk. Mudah jugak membiak. Sesuai untuk akikah.
Boleh juga dibelai-belai seperti kucing..kuikuikui


No comments: