Pages

Tuesday, December 20, 2011

Nama Anak Jin Undang Penyakit Misteri

Nak kongsi dengan semua sesuatu yang member aku post kat fb tadi. Soal ini bagi aku tak boleh dipandang remeh. Sekadar langkah berjaga-jaga sebab kita tak tahu apa yang bakal terjadi pada masa depan kan.
Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin...walaupun maknanya bagus namun nama-nama ini BOLEH mendatangkan penyakit misteri.
1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan/Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya
7.Mazda
Jadi janganlah sesekali mengambil nama-nama di atas untuk nama anak-anak kita. PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain.. sebagai contoh kalau SITI NAJWA, dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI.
Daripada senarai nama kat atas, ada diantaranya nama yang digunakan oleh orang sekeliling aku (nama yg 2 3 4 5). Bagaimanapun, syukurlah setakat ni diorang sihat walafiat sahaja. Sesungguhnya, setiap perkara yang terjadi itu adalah di atas kehendak Allah. 
Mungkin ada sesetengah dari kita tak percaya semua ni kan, yelah apa kaitan penyakit misteri dan nama anak. Dalil dan hadis sahih pun takdak kan. Namun janganlah ditolak seratus peratus pendapat di atas. Bagi aku, sebagai seorang ustaz yang berpengalaman dalam hal-hal jin mesti apa yang dikatakan adalah berdasarkan ilmu serta pemerhatiannya, bukan hanya beri pendapat secara logik. 
MENCEGAH lebih baik dari mengubati.