Bagaimana untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik ? Kita manusia
seolah-olah berada dalam sebuah rumah pondok. Kadang-kala walaupun
pondok ini sudah usang bagaikan hendak runtuh, kita yang berada di
dalamnya mungkin belum menyedarinya.
Masyarakat kita terbina sebagai sebuah masyarakat yang jarang
mengkritik rakan kita. Kita lebih selesa untuk menyesuaikan diri dengan
keadaan ini dan berharap keadaan akan berubah menjadi lebih baik di
masa hadapan.
Contohnya, jika badan anda berbau busuk. Anda mungkin tidak
menyedarinya kerana bau ini berkembang sedikit demi sedikit dan hidung
anda terbiasa dengan bau ini.
Kawan anda yang merasai bau ini mungkin juga akan terus diam tanpa
memberitahu anda dengan harapan keadaan akan berubah pada keesokan
harinya.
Ini adalah masalah yang perlu kita selesaikan. Kita perlu
membudayakan rakan kita untuk mengkritik kita dan kita seharusnya
menerima kritikan ini dan cuba berubah tanpa sebarang rasa malu atau
marah.
Keadaan kedua yang lebih teruk berlaku kepada seseorang individu apabila seseorang menyatakan bahawa "bau badan awak busuk".
Apabila seseorang menyatakan kenyataan seperti di atas, ini adalah indikasi bahawa bau badan anda itu sudah TERLALU BUSUK.
Jika ianya TIDAK TERLALU BUSUK, mungkin tidak ada orang akan menyatakannya kerana mereka akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan ini.
Pengajaran yang boleh diambil adalah:-
1. Budayakan orang disekeliling anda untuk mengkritik anda. Terima dan nilai dengan hati terbuka. Tidak perlu malu atau marah.
2. Jika orang menyatakan sesuatu kritikan. Ini bermakna
keadaan sudah menjadi terlalu teruk. Jika tidak terlalu teruk, orang
tidak akan menyatakannya.
3.Terima kritikan secara terbuka, ini untuk kebaikkan anda bukan kebaikkan orang yang mengkritik.
Jika kita lihat, kebanyakkan ahli politik akan mengelilingi diri
mereka dengan orang yang suka memuji mereka. Apabila ini terjadi,
mereka ini akan hidup dalam dunia utopia tanpa mengetahui keadaan yang
sebenar. Biasanya apabila kebenaran sebenar itu muncul, keadaan sudah
terlambat untuk diperbaiki. Jangan benarkan orang sekeliling anda memuji
dan mengampu anda. Ini BAHAYA !!!
sumber- Artikel iluvislam.com
~ Apa yang aku lihat kat dunia blog sekarang ni, ramai yang hipokrit termasuk aku. Hanya lemparkan pujian sehinggakan empunya diri tu makin leka. Mungkin yang seeloknya, kritikan diselitkan dengan pujian.. mudah dia nak terima. Berilah kritikan yang membina dan berhemah, bukannya dengan mengeji. Bila mengeji, kita dianggap keji. Orang yang keji siapa mahu turuti.
~ Biasa-biasakanlah diri korang mengkritik aku. Aku sedia menerima kerana aku mahu menjadi lebih baik! he he