Tuesday, November 22, 2011

Dua Peminat Maut Final Bola Sepak Sukan SEA


JAKARTA – Dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi. “Kami menemui mangsa terbabit dan mereka sudah meninggal dunia,” kata ahli paramedik, Abdul Majid memberitahu protal berita Detik.com.
Kedua-dua lelaki memakai kemeja-T merah putih skuad bola sepak Indonesia itu kemudian dibawa ke hospital berhampiran jam 8.30 malam waktu tempatan, kira-kira 90 minit kejadian berasak-asak itu bercetus. “Ketika kami masuk ke stadium, kumpulan penyokong bertolak-tolak sesama sendiri untuk meloloskan diri,” kata Helmi, abang kepada salah seorang mangsa yang maut itu. “Adik saya ditolak daripada saya dan kami terpisah. Saya kemudian mendengar beberapa orang terjatuh dan ada yang mati. Saya bergegas untuk mengetahui apa yang terjadi dan ketika itu saya lihat adik saya sudah meninggal,” katanya.
Identiti seorang lagi mangsa yang maut belum diketahui. Media tempatan melaporkan beberapa lagi penyokong turut dikejarkan ke hospital, termasuk seorang  budak lelaki berusia sembulan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma. – AFP 

(sumber: MyNewsHub
 
  p/s:
- Takziah untuk keluarga mangsa..kesian bila bergembira pergi nak tengok bola, alih-alih hilang nyawa.
- Tahniah buat pasukan Malaysia kerana berjaya meraih emas, tahniah juga untuk pasukan Indonesia kerana kesungguhan mereka bermain.
- Menang kalah adalah takdir-Nya, jangan yang menang mengutuk yang kalah, yang kalah membara dendamnya.

11 comments:

mikeyvio said...

tp nape diorg hntam msia?? huuhuhu..siap ade pages anti malysia sgala. :(

sara pedrosa said...

@mikeyvio diorang xbleh terima kenyataan agaknya

محمد رازيق said...

thniah dan takziah.

sara pedrosa said...

@محمد رازيق ;)

farmys said...

biar benar sampai ada yang mati.. ciannya..

Lea Isnawi said...

takziah jugak

menggerunkan semangat peminat2 bola sepak ni

huhu

budak penjara said...

sian jgak kt fmly si mati tu..seb baik bukan sebab gaduh ke ape

Anak Wak Mail said...

sampai mati..dahsyat2..tu la kalau dah gila bola namanya..haha

sara pedrosa said...

@farmys benar..kesian kan.
@Lea Isnawi tempat sesak dan tumpuan rmai camtu mcam2 bleh jd
@budak penjara kalo gaduh lg naya, tinggal imej buruk plak kan
@Anak Wak Mail huu..tgk kat umah lg selamt dan jelas kan

ct N honey said...

ajalnya kerana bola..

sara pedrosa said...

@ct N honey itulah..ketentuan Allah semuanya ;)