Pages

Friday, November 25, 2011

Nostalgia Banjir

Sekarang ni musim tengkujuh, maka kat dekat belah sini hari-hari hujan. Walaupun hujan itu rahmat tapi banyak aktiviti yang terbantut. Nak kuar rumah pun tak best dengan keadaan lembap basah macam ni. Jemuran nun, berhari-hari nak kering.

Mujur kawasan kampung aku tak dilanda banjir. Jika nak dibandingkan dengan tempat lain bukan setakat rumah je tenggelam malah ada insan yang turut terkorban kerana banjir. Bila baca suratkhabar semalam2 dilaporkan 4 orang mati lemas. Kanak-kanak lagi mereka itu. Aduhaii kasihan sungguh.

Memang tak dinafikan keseronakan main banjir ni. Aku zaman budak-budak dulu pun tak ketinggalan. Bila banjir mesti nak balik kampung, kat Rantau Panjang.
Pelik kan, orang nak lari dari banjir kita pergi cari banjir. Biasa la, kat rumah sendiri tak pernah banjir kan.
Best tak terkata weei bila jumpa air banyak, dapat pulak kayuh perahu sendiri. Ikut pula pak sedara dan sepupu-sepupu pergi tangkap ikan sampai ke Golok. Fuhh menyeronokkan!

Gambar-gambar masa banjir dulu ada simpan lagi. Layan jela.


Kat dalam gambar, sepupu2, adik2, pak dan mak sedara. Aku invisible.

Perahu merah atok punya. Air kat bendang padi, lapang je nampak.

Tangkap ikan banyak2 lepas tu buat pekasam. Sedapp


Tahun ni tak sempat pergi main banjir. Jalan tak boleh lalu, melainkan dijemput dengan perahu. huu..
Kalau ada yang nak keluar kena tahu laluan kat bawah ni masih ditutup kepada semua kenderaan buat masa sekarang ni,
  • Machang: Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata
  • Pasir Mas: Jalan Pohon Tanjung-Meranti, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram
  • Tanah Merah: Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh
  • Tumpat: Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti. 
  ~ Hati-hati lah ya tak kira dimana anda berada. Air pun macam api juga, sikit2 jadi kawan bila banyak jadi lawan.

~Tak lupa juga Salam Ma'al Hijrah 1433 buat semua. Dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” semoga di tahun baru ini kita lebih diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.