Sunday, December 30, 2012

Penggunaan Bahasa yang Telus


Semasa bersiar-siar di blog rakan-rakan tadi, aku tertarik dengan seorang penulis blog ini. Beliau menulis menggunakan bahasa Melayu penuh. Beliau tidak menggunakan bahasa-bahasa rojak, mahupun bahasa pasar. Bertentangan dengan kebanyakan anak muda Melayu sekarang ini (termasuk aku). 

Apa yang membuatkan aku lagi kagum ialah penggunaan bahasa Melayu beliau sangat tertib malahan huraian isi kandungannya sangat telus. Dapat aku simpulkan juga walaupun beliau bukanlah seorang Melayu tulen, tapi penghormatannya terhadap bahasa tersebut sangat tinggi.

Ini membuatkan aku terfikir untuk jadi seperti beliau, bukan meniru tapi ingin mencontohi beliau dari segi  penggunaan bahasa Melayu dengan sebetulnya. Dalam catatan aku sebelum ini sebenarnya banyak penggunaan bahasa-bahasa pasar. Jika hari demi hari aku masih dengan gaya penulisan seperti itu, maka tidak mustahil lama-kelamaan aku tidak akan mampu  untuk menzahirkan sesuatu dengan bahasa Melayu dengan penuh tertib.

Walaupun menulis catatan di blog dengan bahasa Melayu seperti yang anda tengah baca sekarang kedengaran agak skema, tapi dapatkah anda selami betapa indahnya bahasa ibunda kita. Menulis seperti ini juga aku rasa seperti mengarang karangan semasa peperiksaan di sekolah dahulu. ~ Memang sekarang ini ada sedikit perasaan janggal, tapi terasa bersopan santun pula dan menunjukkan kematangan. Adakah dilihat begitu? [hehe]

Aku masih dalam proses percubaan. Walaupun usaha ini nampak kecil, impaknya akan besar suatu hari nanti. Percayalah.
Semoga istiqamah hendaknya.

Berbalik kepada penulis blog tadi, jika ada tertanya-tanya siapakah beliau? Mungkin boleh terjah ke Travelog Hort untuk berkenalan dengan lebih lanjut. 

4 comments:

依之汉 said...

Eh!? Terkejut saya apabila ada pautan kembali (backlink) daripada blog ini. Insya-Allah. Saya yakin puan (seperti sudah kahwin sahaja ya?) mampu lakukannya.

Memang kedengaran skema, tetapi entah kenapa terasa indah dan sopan bahasa Melayu itu, bukan? Mungkin kerana sukar didapati di dunia maya ini, membuatkan ia indah dan unik.

Salam perkenalan.

ps: Puan dapat undi saya untuk ikut blog puan. Yeay!

sara pedrosa said...

@依之汉
salam perkenalan
pantas sungguh dapat kesan backlink ya..apa pun terima kasih kerana sudi berkunjung disini.
semoga ramai lagi terkena virus bahasa saudara..haha
~panggil puan terasa tua pula.

依之汉 said...

Sama-sama. Insya-Allah. Saya yakin, untuk mengubah dunia bermula hanya dengan diri saya dahulu.

Bahasa saya tidaklah formal sangat. Ada juga saya gunakan bahasa tidak formal di dalam blog saya. Cuma peratusnya kurang sahaja.

Apa yang penting, saya boikot bahasa Alien.

Terus maju dengan bahasa Melayu.

sara pedrosa said...

@???

Ya..betul. Langkah awal bermula dengan diri sendiri dahulu (merujuk pada saya juga). Masakan hendak dijadikan tauladan jika sendiri tidak mengamalkan apa yang mahu sampaikan.

~selamat maju jaya