Monday, December 31, 2012

Ulang-alik kerja dengan keretapi peluru

Salah satu teknologi manusia yang aku kagumi adalah keretapi laju. Walaupun belum pernah merasa menaikinya, tapi tertanam dalam jiwa ini untuk merealisasikan impian tersebut. hehe
Kalau di China, laluan antara Beijing dan Guangzhou sejauh 2,298 kilometer akan membolehkan perjalanan antara kedua-dua bandar tersebut memakan masa hanya selama lapan jam berbanding 22 jam sebelum ini.
China: keretapi laju beserta landasannya yang terpanjang didunia
Bayangkan kalau menaiki keretapi ini dari Selangor ke kampung halaman aku di Kelantan, berapa minit sahaja sudah sampai. Mesti aku akan tinggal di Kelantan sahaja untuk ulang-alik kerja di sana.
Berdesup!!!!
Alangkah seronoknya jika di Malaysia ada keretapi laju seperti itu. Di dunia ini negara yang mempunyai keretapi laju adalah terdiri daripada negara yang jauh lebih maju dari Malaysia. Di Asia, negara Jepun, Korea Selatan, dan China sahaja yang mempunyai perkhidmatan tersebut.

Menurut pembacaan aku, Jepun banyak memegang rekod berkenaan keretapi laju ini. Ia merupakan negara pertama didunia yang membina laluan khas untuk keretapi laju. Juga merupakan keretapi yang paling sibuk didunia dengan membawa penumpang sebanyak 322 juta orang setahun. Kalau digabungkan jumlah penumpang keretapi laju disemua negara lain, ia masih tidak dapat mengatasi nilai tersebut. Dahsyat bukan orang jepun ini
Shinkansen (Bullet Train) di stesen Tokyo 
Yang paling laju didunia pula, adalah CRH380A milik negara China dengan kelajuan 486km/jam. Sangat terbaik!
CRH380A
Seronok bunyinya naik benda laju kan. Tetapi awas jangan mengaplikasikan kelajuan yang sama pada kereta anda. Adapun yang memandu kereta di jalan raya dengan kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan keretapi laju iaitu 300 km/jam beginilah jadinya,
Kemalangan di Jerman pada April lalu yang melibatkan BMW M5. Pemanduan yang terlampau laju sampai diluar kawalan lalu terbabas
Pesanan akhir dariku, semoga Malaysia cepat-cepat buat keretapi peluru. Wohaaa!

4 comments:

nazray said...

kalau nak dibandingkan dengan malaysia, tengok la ktm tu macam mane... mohon kerajaan naik taraf la, jadual perjalanan pun kadang-kadang menyimpang. huhu... tapi kalau ade benda ni kat malaysia, semua akan menjadi pantas. berdesup jer pergi... oh lupa, selamat tahun baru 2013, salam perkenalan dari nazray. :D

azman said...

Kena belajar kat oversea lah klau nak merasa naik :)

Budak Nakal said...

Kalaulah ada di maysia..nk ke seremban dari kl pasti dlm 10 minit dah sampai^^)

sara pedrosa said...

@nazray salam perkenalan & salam tahun baru..
setuju dengan saudara.
mungkin ktm perlu dinaik taraf menjadi keretapi peluru pula..hehe

@azman itulah..tapi belum ada rezeki lagi..hehe

@Budak Nakal sekejap kan..berbaloi-baloi..hehe