Friday, April 29, 2011

Lata Belatan yg Best

Masa orang lain sibuk nak exam final aku dan rakan seperjuangan sempat lagi g jalan-jalan dan berkelah..huhu. Destinasi pilihan kitorang kali ni adalah Lata Belatan, yang terletak di area Besut.

Perjalanan lebih kurang sejam dari Kubang Kerian ke sana memang berbaloi. Lata Belatan yang terletak di kaki Gunung Tebu agak popular dan sering dikunjungi ramai, nasib kitorang pergi hari tu tak ramai orang..hari bekerja kan. Sampai kat sana kitorang dihidangi permandangan yang indah, air sungai jernih serta udara segar. Nampak je air jernih terus rasa nak terjun dalam sungai tu.

 
Jika nak dibandingkan dengan tempat lain yang pernah kitorang pergi, di sini kebersihannya terjaga. Disetiap sudut disediakan tong sampah, pastu tiap-tiap hari ada orang mai kutip sampah..sebab tu kot bersih. Banyak gak kemudahan lain kat sini macam gazebo, tempat barbeque, chalet, tandas, tempat solat etc etc..bangku lepak pun berlambak.

 
Banyak batu-batu besar..menjadikan permandangan bertambah menarik.

Bahaya tak bahaya, dikhabarkan baru je minggu lepas ada orang mati lemas kat sini. Tempat-tempat air terjun sebegini sememangnya ada mangsa korban tiap-tiap tahun.

Air yang sangat jernih. 
Tempat yang kitorang mandi manda  ni paling dalam takat pinggang aku. Kalo yang tinggi bawah 150 cm tu ada la takat dada.


Aktiviti kitorang..main bola baling dalam air. Seronok gilakk nampak. Aku tukang ambik gambar jela.



Ni mungkin adalah aktiviti last kitorang sesama coursemates sebelum berpisah bulan Mei nanti. Banyak kenangan indah yang tercipta antara kita..Semoga kita kekal sahabat selamanya.  

26 comments:

dean said...

best tuuh

Hafzan Sarah said...

@dean

semestinya..huhu :D

WanFadhilah said...

aaarrr~ balik nnti nok g mndi puas2 kat lata belatan nih. best kan. sejuk jah air dia.. hehehe.. lamo doh rsnya dop g. wat g sokmonya kat kolam ari panas jah. hehhe

Hafzan Sarah said...

@WanFadhilah

sejuk macam air batu..huhu.
orang besut ko neh? untung lar dekat ngan rumah, bleh g sokmo.huhu

apik pehe said...

wahhh..duk kube kiye koh?
hehe..sedaknyoh mandi air terjun

lea said...

air die sgt sejuk kan?
teringin nak g lagi!

Siti Aziz said...

tempat saye membesar...ha3...

nub said...

tempat lawa ouh..

ceq pon suka p mandi2 kalau ngan memembe clas.. laa tinggai setaun g jaa nak abeh belajaq..

nanti jumpa balik suma pakat nak kawen dah. ahhaha

Bro Azqar said...

waahh best tuuuu XD nak3!!

Hanis Azla said...

nampak best sgt tempat tu.. seronoknya klu dpt berkelah kat situ..

Hafzan Sarah said...

@apik pehe

ha ah..semestinya sedak :D

Hafzan Sarah said...

@lea

sejuk giler..tu yg budak2 chinese tak nk mandi tu ~~sejukk

Hafzan Sarah said...

@Siti Aziz orang besut upenya..heheh

Hafzan Sarah said...

@nub tak lama lg tu.
nanti wat reunion kat air tejun eh.
har3..

Hafzan Sarah said...

@Bro Azqar jom3!! hahahaa

Hafzan Sarah said...

@Hanis Azla best memang best..ce try p nt :)

Liza @ Adzriel AB said...

wah...syok nya mandi sungai.. sejukkkk

Kumbang Jingga said...

waah bestnya tengok korang mandi cam kanak kanak riang hehehehe

apik pehe said...

laaa..dekat ngat ngan umah apik kalo duk kube kiye..hehe

Hafzan Sarah said...

@Liza @ Adzriel AB

memang syokk akak..huhu

Hafzan Sarah said...

@Kumbang Jingga

hahaa..kanak2 riang
time ni ja jd kanak2

Hafzan Sarah said...

@apik pehe yoko..duk area mano? ni duk d husm jah.

Diana Jamal said...

Bestnyaaa tgk air jernih camtu~ huhu

lunarwolf said...

..uhuhuhu..gilak heart ini tempat!!..terbaek dowh..chanteknya, subhanallah... memikat!!~

RedVixen said...

eh, lain kali jangan lupa singgah lata tembakah. lagi cantik. kat area2 tu jugak :)

Hafzan Sarah said...

@Diana Jamal
@lunarwolf
memang best n cantek!huhu
@RedVixen
tak pegi lgi kt sane..next time pasti :)