Tuesday, January 25, 2011

Jom Belajar Pertolongan Cemas


Lawa tak kawasan air terjun kat atas?? nama tempat ni adalah Lata Janggut, terletak kat hometown aku di Jeli, Kelantan.
tempat ni femes jugak la kat area sini..kalo hujung minggu memang penuh ngan orang picnic dan mandi-manda.
aku bukan nak promote lata ni ya, cuma aku nak bercerita mengenai peristiwa yang berkait ngan kawasan ni.

Kisahnya begini,
pada masa lepas-lepas, aku bersama-sama adik-adik dan juga sepupu aku telah berkunjung ke tempat tersebut..g picnic la ni.
tengah syok tengok adik aku mandi manda, tiba-tiba aku ternampak sorang budak pompuan tenggelam timbul dalam air sungai tu. mula-mula aku wat tak tahu saje sebab aku tengok adik-bradik dia duk gelak-gelak jek tengok aksi tu, aku pikir diorang main-main. pastu baru ler kalut, budak pompuan tadi tergapai-gapai lalu hanyut di bawa arus yang tak seberapa.
Syukur ada ayah dia masa tu yang terjun lalu menyelamatkan budak tu.
Malangnya setelah di bawa naik ke daratan, budak tu dah tak sedarkan diri..masa tu aku masih lagi memandang dari jauh secara 'cool'. ramai orang dah kerumum diorang masa tu.. dan sekali lagi malang, bila dalam ramai-ramai tu takde sape yang tahu buat pertolongan cemas. Dipendekkan cerita, budak tu berjaya diselamatkan akhirnya walaupun di saat genting yang amat..


Apa yang nak aku utarakan di sini,
masih ramai lagi rakyat kita yang tidak berpengetahuan dalam menangani pertolongan cemas, ini bukan saje boleh dilihat dalam situasi yang aku alami malahan di tempat lain mungkin. Bukan aku nak menyeru  kita semua pergi menjalani kursus pertolongan cemas dan dapatkan sijil (kalo buat lagi bagus) tapi sekadar tahu basic-basic pun dah cukup. Berlambak sumber kat tenet. Bayangkan jika hanya kita yang berhadapan dengan situasi kecemasan begini dan mangsa plak famili kita sendiri, apakah yang anda mampu buat..sekadar tunggu dah lihat sajekah


Lepas peristiwa hari tu, aku baru terdetik nak belajar buat pertolongan cemas secara properly, wahaha..ibarat sudah terhantuk baru tergadah. kebetulan masa tu roomate aku student medic sedikit sebanyak aku sedut ilmu dari dia, sambil tu, aku merajinkan diri bertanya pada incik google, video pasal first aid pun bersepah kat youtube. Pastu aku siap tunjuk video tu kat famili aku lagi, sebab sblom ni diorang tak banyak terdedah ngan benda-benda macam ni :D 


Pertolongan cemas ni penting, untuk mengurangkan kekritikalan mangsa sebelum bantuan luar tiba. Kemalangan bukan boleh kita jangkakan, jadi kalo dah tahu buat pertolongan cemas sekurang-kurangnya kita berpeluang jadi hero, pahala pun dapat.

Sekian.

 Anak sepupu aku posing.
Budak yang lemas tu kat kawasan hujung sane..walaupun air takat pinggang je, jangan sangka tak merbahaya.



::THANKS FOR READING::


8 comments:

.::WaNiE::. said...

yup yup bila ada kecemasan jgn asyik nak berharap pada ambulan / bomba ke ape

yg penting kita punye first response sementara tunggu bantuan sampai yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa orang :)

Hafzan Sarah said...

@ .::WaNiE::.
betol tu..jangan duk berharap pada orang sangat. kalo ikutkan kes lemas camni, bantuan tak diberikan dalam tempoh 10 minit boleh membawa maut.
naya tu

k.a.s said...

its important to know a little bit about pertolongan cemas ni.. cantik air terjun tu.. hope i can go there one day. xD

Adzriel AB said...

itu yg kadang2 risau juga tak reti berenang ni..

Hafzan Sarah said...

@k.a.s
yup..
wish u to come :D

@Adzriel AB
kita pun tak reti berenang jugak.. :D

Adzriel AB said...

Hafzan...jom ceria2kan Give Away Fify sempena harijadinya :

http://adzriel.blogspot.com/2011/02/give-away-fifijammieasbim.html

tiada paksaan...up to you ye..

mian said...

syukur budak pompuan tu xde pape.alhamdulilah.betol tu.even kite bukan doktor pon at least knowledge untuk mende2 cmni kene ade =)

Hafzan Sarah said...

mian,
yup..betol2. :)