Pages

Friday, March 2, 2012

Bila nak tukar mykad baru

Dah tukar belum mykad baru?

Aku belum..
Mykad aku yang ada sekarang ni lama benar, sejak dari tingkatan 3 lagi. Gambar kat mykad tu sangat berbeza dengan wajah zaman sekarang. Memang lain sangat, bila member-member tengok mykad aku mesti bantai gelak.

Sebagai menyahut galakan kerajaan memang aku akan tukar, cuma asyik bertangguh je.
Perasan sibuk~

Kelebihan MYKAD Baru 2012
  • MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.
  • MyKad baru mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku
  • Tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.
  • MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan “overlay” dengan reka bentuk yang ditambahbaik.