Pages

Wednesday, March 7, 2012

Cintanya tak kesampaian akibat dibomoh ayah sendiri

Kisah benar ni terjadi dekat member aku sendiri.
Mulanya aku lihat dia menangis dengan teruknya sambil bercakap di talipon. Sampai teresak-esak dan hampir pengsan. Lepas tamatkan panggilan itu dia akan menangis sampai ke malam pula. Siang malam asyik menangis je, makanan langsung dia tak sentuh. Dalam 2 3 hari tu dia alas perut dia dengan minum air.
Sungguh sadis keadaan dia.

Kenapa dia jadi begitu?
Puncanya, dia terpisah dengan kekasih hati.
Sebenarnya dah berbulan lamanya dia berpisah, tapi deritanya baru nampak pada hari tu.
Dulu dia mungkin boleh terima dengan terbuka kenapa dia terpaksa berpisah dengan kekasih hatinya.
Tapi hari tu, bila seseorang call dia dan menceritakan hal sebenar punca perpisahannya dulu. Dia terkesima dan sangat-sangat tak menyangka itu adalah akibat perbuatan ayahnya sendiri.

Rupa-rupanya ayah dia pergi bomohkan di Siam untuk pisahkan mereka.
Memang ayah dia sendiri mengaku yang dia bomohkan anaknya.

Bila aku dengar perbualan dia dengan ayahnya, aku sekali ikut terasa sebak..
Dia tanya,
'kenapa ayah sanggup buat orang macam ni'
'sanggup ayah hancurkan kebahagian kami'
'mana ayah tahu dia jahat, ayah pernah nampak ke, ayah cuma dengar cakap orang je'
'ayah tahu tak, masa orang susah tak berduit dia yang tolong support'
'sekarang ni orang tak boleh fokus, semua keje tak jadi, nak study tak dapat'
'kenapa dulu tak berterus terang saja yang ayah tak sukakan dia'
'orang sedih sangat ayah, ayah yang selalu solat tapi sanggup buat benda terkutuk macam tu'


Mungkin ayahnya mahukan yang terbaik buat anaknya. Dia kasih dan sayang dan mahu melindungi anaknya
Namun, relevankah perbuatan dia??