Sebuah kajian yang dilakukan oleh pakar masalah tidur di Loughborough University di England telah merumuskan bahawa wanita tidur lebih lama dari lelaki.
Menurut pakar, fungsi otak wanita bersifat multifungsi berbanding lelaki kerana wanita menjalani aktiviti yang banyak seperti bekerja, mengurus keluarga, menjadi ibu berbanding lelaki.
Salah satu fungsi tidur adalah memberi ruang untuk otak untuk berehat. Dengan beban otak yang semakin berat, wanita tidur lebih lama sekitar 20 minit daripada lelaki, untuk menyegarkan sel otak untuk digunakan lagi.
Waktu tidur orang dewasa adalah 7-8 jam sehari. Waktu ini bergantung pada individu itu sendiri. Ada yang mengambil masa lebih lama, atau kurang dari 7 jam dah merasa mencukupi.
Begitu pula tambahan 20 minit lebih lama untuk wanita bersifat fleksibel. Sebenarnya begantung kepada individu itu sendiri. Jadi mulai saat ini kaum ibu dapat berkompromi untuk bangun tengah malam bancuh susu anak!