Friday, January 21, 2011

Nak Hisap Dadah Takde Duit

Di sini aku nak bercerita lagi, pengalaman yang lama berlalu tapi masih segar lagi dalam ingatan.  

Ketika itu aku dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki bas henti-henti (bas yang bergerak dari stesen ke stesen). 
Dalam pertengahan perjalanan tu pakcik bas telah mengambil sorang penumpang ni. Masa penumpang tu berjalan melepasi aku, aku rasa pelik dengan dirinya. Jalannya terhuyung-hayang dan hampir saje jatuh di tempat duduk aku.. di tangannya ada botol air mineral dan juga plastik. aku yang mula-mula tengok keadaan lelaki tu ingatkan dia sakit ke ape. 
tapi setelah dia duduk, dia membuka penutup botol mineral tadi dan menuangkan kandungan didalamnya ke dalam plastik yang dia bawa tu. Masa tu meruap la satu bau yang kuat..bau minyak tanah. Aku tahan nafas, ada penumpang-penumpang yang lain menekup hidung.. bau yang kuat tu cepat saje tersebar dalam bas air-cond ni..kami semua hampir tak boleh nak bernafas.
Dan..lelaki tadi selamber saje menghidu minyak tanah di dalam plastik itu.. Semua penumpang pandang kelakuan pelik dia tu. 
Baru aku tahu jalannya yang huyung-hayang tadi adalah sebab efek GIAN. 
Perasaan aku ketika itu hanyalah jijik! mane tidaknya, matanya merah dan berair.. hidungnya juga mengeluarkan lendir-lendir kotor..lepas tu dia siap meludah lagi di atas lantai bas..iskk.
Memang lelaki ni tak betol!

Macam biasalah, sikap orang kita..termasuk aku sekali. mane nak tegur perbuatan macam tu. hanya tahu tengok jelah dan mengutuk dalam hati. =)

Tapi bila dipikir-pikir secara positif..sebak dan kesian jugak tengok keadaan dia. Sampai begitu sekali keadaannya..sampaikan terpaksa hidu bau minyak tanah sebab nak gantikan dengan dadah..kenapa lah dia boleh jadi sampai tahap tu, situasi macam mane sampai hidup dia berhambakan dadah tu..dan bermacam-macam persoalan lagi.
aku juga heran, keluarganya tak amik tahukah..lalu amik inisiatif hantar ke pusat pemulihan dadah.

Abah aku penah bagitau, golongan-golongan sampah masyarakat ni kalo takde dadah nak lepaskan gian diorang guna macam-macam cara. Selalunya minyak lah, bukan minyak masak ya. minyak kategori membahayakan kesihatan macam minyak tanah tu atau minyak kenderaan.. dan yang lebih teruk lagi ada yang sanggup hidu taik lembu..gas ape yang diorang dapat tak tahu gwa. 

Papepun diorang takleh juga nak disalahkan 100%, kita yang tak berada dalam situasi mereka apa yang kita tahu komplikasi yang diorang alami dulu-dulu.. Mungkin peluang kita untuk diuji dengan perkara macam tu belom tiba lagi kan..

SHADOW 
by: Praveen
Semoga diorang kembali ke pangkal jalan..semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka.
Semoga cerita ini menjadi pedoman buat semua.


::THANKS FOR READING::

6 comments:

DeCrewz said...

Kat kg Jai ada jugak mat pit... Banyak umah dah kena pecah masuk..haishh...

Hafzan Sarah said...

mat pit tu macamane plak? huhu.. mat rempitkah

nn said...

scarynya. hmm. kalu najis haiwan tu biasanya bebaskan gas metana kan? maybe benda tu lah kot yang buat high,

Hafzan Sarah said...

@nn
mungkin kot..mula2 high, lama2 jd gilakk.

nur hidayah azman said...

oh ye ke???sadisnya dkt org tu..oh!kalo aq di tempat tu maybe tak sanggup nk tgk..

Hafzan Sarah said...

@nur hidayah azman
yup..
alang2 dia dah wat pertunjukan kat public tengok jela ye..bila lg kan.hihii