Pages

Thursday, June 28, 2012

Belajar mekap smokey eye

Rentetan dari entri Belajar Mekap Siang hari tu, kali ni tunjuk pula gambar langkah demi langkah untuk mekap malam ataupun dinner. Dalam mekap malam tersebut aku telah diajar teknik smokey eye. 
Tentunya ramai yang suka nak buat smokey eye kan sebab caranya simple je tapi hasilnya mengagumkan!


 

1. Macam biasa lah lepas pakai foundation dan bedak, letak lagi bedak serbuk bawah mata untuk elakkan jadi comot lepas pakai eye shadow nanti.
Then, letak eye shadow warna putih pada seluruh bahagian kelopak mata dan sedikit aje pada bawah mata.

2. Lapiskan eye shadow warna hitam pada separuh dari kelopak mata tadi.

3. Hitam kena kasi terang

4. Lapiskan eye shadow warna gelap (cth: biru tua) ke seluruh kelopak mata. Blend-blendkan dengan warna hitam tadi. 

5. Lapiskan eye shadow warna cerah (cth: biru muda) pada bahagian atas warna gelap tadi. Blend-blendkan lagi. Letak eye shadow putih sebagai highlight kat  bawah kening.

6. Pakai liquid eyeliner kat atas mata

7. Hasil selepas hitam, biru gelap dan biru cerah digabungkan

8&9. Lukis, bentuk dan ratakan warna kening

10. Kepit bulu mata biar lentik, sebab nanti nak pakai bulu mata palsu. hehe.

11. Oh ya, pakai juga eye shadow ikut warna atas tadi pada bahagian bawah mata. tidak dilupa juga eyeliner 

12. Hasilnya!

13. Letak bulu mata palsu, then topup balik eyeliner atasnya

14. Mekapkan mata sebelah kiri plak.

15. Dengan efek bulu mata palsu segala bagai.  Amacam?



Nanti..
Kalau aku rajin aku tunjuk lagi pasal belajar mekap pengantin & mekap artis