Tuesday, June 5, 2012

4 benda yang sering hilang

Sebelum ni aku ada post pasal screw driver yang hilang kan.
Rupa-rupanya benda tu ada terselit kat salah satu beg aku.
Memang berpenyakit betul lah muda-muda ni

Cakap pasal benda hilang ni,
budak-budak kat rumah aku selalu hilang tak jumpa cari 4 benda:
  1. Kunci - kunci rumah, kunci bilik, kunci motor, kunci kereta
  2. Handphone - memasing akan mula main miss call, selalunya akan jumpa celah sofa, dalam kereta, dalam handbag, etc
  3. Pakaian - tshirt, kain tudung, seluar dan stoking. Selalunya, kes terjadi sebab ada yang tolong basuhkan atau ada yang tolong angkatkan jemuran lepas tu simpan kat tempat lain
  4. Cermin mata - terpaksa meminjam cermin mata kengkawan lain untuk mencari cermin mata sendiri
Apa nak jadi la..penyakit berjangkit kot sifat pelupa ni.
Papepun benda yang hilang tetap ditemui!


No comments: