Pages

Thursday, June 14, 2012

Kelas memandu di Korea dan Malaysia

Assalamualaikum,

Tadi tengok We Got Married Episod 16, 17 yang pasangan ubi keledek. Si Yonghwa CN Blue dengan Seohyun SNSD tu.
Dalam episod tu diorang kena ambil lesen memandu sama-sama.
Yang menariknya, rupa-rupanya kat korea guna trak pikap semasa belajar dan test.

Agak-agak kalau kat Malaysia guna trak tu jugak berapa ramai yang lulus eh..huhu
Nasib kat sini guna kancil takpun viva je kan.
Kereta kecil camtu lagi senang handle dari trak pikap yang pendek depan belakangnya panjang.

Satu lagi,
Berita baik untuk generasi akan datang, tak lama lagi kerajaan akan buat kelas memandu guna kereta auto dah. Hari tu cakap nak dilaksanakan bulan Mei lepas, tapi tangguh plak.  Untung la korang kan
Tapi yang tak untungnya,
Kementerian Pengangkutan telah menetapkan bahawa calon yang memilih transmisi automatik hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperolehi lesen kelak. Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik.
Keh keh keh..Kalau degil jugak, kena saman!