Pages

Thursday, June 7, 2012

Semak keputusan peperiksaan sekolah secara online

Assalamualaikum

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan sistem yang ditubuhkan dengan salah satu tujuan utamanya adalah untuk memudahkan ibubapa memantau keputusan peperiksaan anak-anak mereka dengan pantas dan mudah. 
Hanya perlu memasukkan no kad pengenalan ataupun no siji lahir pelajar kemudian pilih jenis sekolah dan klik ujian bagi tahun sekian-sekian, sistem seterusnya akan memaparkan maklumat markah bagi setiap subjek milik pelajar tersebut.
Senang saja kan, semua maklumat di hujung jari.


Klik pautan di bawah untuk ke laman SAPS:

Sistem SAPS ini merupakan sistem yang agak baru diperkenalkan. SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini berfungsi hanya di atas talian (online) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki. Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result). 

Cuba cek yang adik aku punya markah peperiksaan

Malangnya, tiba-tiba keluar camni
Ayarkkk!
Masalah cikgu ke server ni?? Tak terpantau jugak le nampaknya