Sunday, February 6, 2011

Berani Seperti Diakah Anda?

You may have never seen this!

 

Gilakah dia?? Nope! Tidak sama sekali.
Sebenarnya dia adalah seorang yang sangat berani.
Kerjanya yang sedemikian memang memerlukan keberanian dan kepakaran yang tinggi, tak perlu amik pHd nak jadi pakar macam tu.


Mampukah anda panjat pokok kelapa setinggi bangunan 4 tingkat tu? dengan hanya berbekalkan sebilah parang, tanpa bantuan alat teknologi moden. 
Aku yang tengok dari bawah ni pun rasa gayat nak mampoih..huhu. Tak perlu pikir nak panjat2.

Rupanya susah juga nak tebang pokok kelapa ni.. ingatkan boleh tebang sepohon sekaligus, tapi tidak..sebab kalo buat macam tu nanti habis la rumah kat kawasan dekat2 tu kena hempap. Alternatifnya, pokok ni kena tebang sikit2..dalam sebatang tu kena bahagikan kepada 4, 5 bahagian.
..O0ooO.. 


Keje menebang pokok kelapa macam ni dah jarang sangat kita jumpa sekarang. Cara tradisional la ni. Tapi berbaloi ke dibayar RM seratus lebih sepohon sambil mempertaruhkan nyawa sendiri.  Tepuk dada tanya keberanian..
Papepun lebih baik mencari rezeki halal begini dari amik jalan pintas tanpa berusaha.  

Dari hasil tebang pokok ni, maka hari tu dapatlah aku minum air kelapa muda yang fresh2, dapat buat ketupat nasi dan ummi aku sibuk amik daun dia wat penyapu lidi =D. Walaupun empunya pokok tu jiran punya, tapi adat berjiran di kampung..semua benda nak share. Nice2!

Kena pegang kuat2 takut jatuh..bila bahagian atas yang dipotong di tarik, pokok goyang dengan sangat kuat tahu. tapi dia kata best, macam naik buai..huihh.


p/s: Berbanggalah dengan kerja yang anda lakukan..asalkan halal. IT IS WORTH FOR LIVING


::THANKS FOR READING::