Pages

Wednesday, February 16, 2011

Peniaga Melayu, Beginikah Sikapnya

Pertama sekali, aku bukan hendak mengutuk ataupun mengata bangsa sendiri.
Tapi ini adalah realitinya yang sudah terang lagikan bersuluh.

Aku terdetik mahu menulis karangan ini selepas peristiwa semalam.
Semalam aku bersama-sama geng-geng mahu menyewa kereta dari seorang mahasiswa yang memang menjalankan perniagaan ini.
Waktu yang dijanjikan untuk mendapatkan kereta adalah pukul 8.
Malangnya lebih dari pukul 8, BUSINESSMAN tersebut masih tidak menghubungi kami.
Bila menghubungi dia, tindak balas yang diberikan sangat lah lambat dan tidak mesra serta tidak tepat.
Sudahlah hanya diberitahu no plat keretanya sahaja, tempat ia di parkir tidak disebut.
Jenuh kami mencari dan tetap tidak jumpa.
Terpaksalah kami meminjam kereta dengan pemilik lain selepas itu.
Membazir sahaja masa kami 1 jam lebih, menunggu barang yang tidak pasti.

Disertai dengan sumpah seranah, kami padamkan nombor tepon orang itu dan berjanji tidak akan menggunakan perkhidmatan dia lagi! Dan siap buat promosi pada member-member lain agar tidak berurusan dengannya.

SEE?

Beginilah layanan yang diterima pelanggan bila berurusan dengan segelintir peniaga kecil melayu.
Bila perniagaan anda akan maju jika perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan.
Jangan salahkan kami bila perniagaan anda ditakuk lama.
Sebab layanan yang anda berikan memanaskan hati perut orang!

Bukan dalam situasi ini sahaja perniaga melayu bersikap begini.
Contoh lain paling ketara adalah layanan di kedai makan.
Layanan tidak mesra pengguna, tidak dihormati, masam mencuka, tidak menepati masa, bla bla etc etc.
Jika nak dibandingkan dengan kedai mamak, jauh berbeza.

Harapan aku, perbaikilah perkhidmatan ke arah yang lebih berkualiti.
Jangan berkonsepkan, 'Kau taknak beli takpe lah, ramai lagi yang nak'.
Kalau anda tidak mahu berubah sikap, terserahlah. Bukan aku yang menanggung beban.


::THANKS FOR READING::