Pages

Thursday, February 24, 2011

Guru Seorang Blogger yg Bagus

Betul ke sahabat-sahabat sekalian?
Pada pendapat aku macam tu lah.
Sepanjang duk melawat blog-blog orang, bila tersinggah di blog cikgu2 a.k.a guru2 mesti duk lama melepak kat situ.
Semestinya aku tertarik. Lalu jadi pengikut.
Bagi aku entri yang dibuat oleh blogger yang merupakan seorang guru selalunya menarik ditambah pula dengan penggunaan bahasa yang bagus, susunan ayat yang baik, tidak banyak merapu, bla bla etc etc.
Mungkin dibesarkan sebagai seorang pendidik maka mereka lebih menitik-beratkan sesuatu yang berguna untuk masyarakat biarpun hanya sekadar luahan di blog.
Nilai yang baik itulah disemai buat pengajaran kita semua.
Walaupun entri2 mereka sekadar  bercerita mengenai diri sahaja.
Yang pasti cara penyampaian mereka baik sekali. Ada seninya yang tersendiri

Tapi tak semua guru sebenarnya..jangan ada yang perasan lebih2 oke. :)
Ramai jugak blogger lain yang bukan guru yang bagus blognya.
Jangan lepas baca entri ni cikgu2 asyik berblogging plak ya

p/s: Sekadar pandangan selepas belum jumpa lagi blog2 guru yang buruk.
+ Aku bukan seorang guru :(

::THANKS FOR READING::