Saturday, February 12, 2011

Iltizam Mangsa Kutukan Terhebat

Pengenalan. Aku ni anak kedua dari 6 beradik. Ada sorang abang, 2 orang adik laki, 2 orang adik pompuan. Ada sorang abah, sorang ummi. Aku ni taklah pandai masak sangat kan, kategori lauk pauk lah. Kalo jenis kueh-mueh terror la jugak. Sebab masak tak berapa pandai ni, kadangkala makanan yang aku masak tu tak sedap..kadang-kadang takde rasa langsung.  Balik rumah pun sekali-sekala, masak pun jarang-jarang la kan. Jadi ingat-ingat lupa resepi dulu-dulu. Bila masak dekat rumah tu, memang ramai lah juri. Bila ramai juri tu, ramai la yang komplen. Komplen pulak macam-macam. 

Yang paling hebatnya abang aku lah,
'tak sedap, lepas ni tak payah masak lagi. Membazir je.bla bla bla'. Rasa nak ketuk-ketuk saje kepala dia tu ngan puyok..cakap takde lapik-lapik dah.

Adik aku yang pompuan plak bagi komen yang membina sket,
'Tawar..tambah 2 sudu garam lagi kak.'OK.

Adik aku yang laki,
'rupa je lawa, rasa hampeh' keji bunyinya.

Abah ngan ummi plak,
'Sedap dah..Len kali boleh buat lagi'. Aku tahu itu tipu, itu hanya ayat provokasi untuk merajinkan aku masuk dapur.

Tapi takpe, kalo dah tak sedap tu ada abah dan ummi yang tolong modify kan.
Kalo memang tak bleh di selamatkan jugak, kitorang tak buang terus. Sangatlah membazir buat macam tu. Kitorang bagi kat kambing. Kat kampung kan, mesti lah ada kambing. Tapi kambing kitorang ni walaupun duk kat kampung, ia kambing millenium. Mane taknya, kekadang makan western food kekadang thai food, jarang dah makan pucuk kayu. Selalulah juga kambing tu makan pizza, makaroni bakar, mee kung fu, roti tempayan dll. Tu semua hasil masakan aku yang tak jadi lah.

Malu jugak cerita semua ni pada korang semua, tapi aku ada mesej yang nak di sampaikan. Yang pompuan tu kena lah pandai masak tahu. Kalo tak pandai, jadi mangsa kutukan macam aku ni la. Aku pun tengah belajar jugak. Runsing ni, tahun depan dah nak kawin. Bukan ape, nanti kawin nak kena tambat perut suami.. Penting tu. Barulah dia tak cari lain. :D
Betol tak puan-puan sekalian?
Dan sampai bila nak beli makanan kat luar kan. Bersih ke tidak. Air tangan sape plak tu. Fast food? pikir sendirilah berapa banyak bahan kimia dan pengawet dalam tu.

Lagi kan, bela la sekor dua haiwan ternakan. Kita tak habis makan, ada yang nak. Barulah tak membazir. Kucing lah yang commonnya..tapi kucing millenium macam kambing aku susah nak cari. Nak bela ayam itik serati burung kuda lembu kerbau pun boleh juga, tikus pun boleh. Pahala lebih dah kat situ.

Itu je lah nak cerita.
Sekian.
Terima kasih la semua sudi baca sampai abis.

8 comments:

Adzriel AB said...

ha'ah... tambat perut diaorang bagi boroi. kurang sikit hensemnya jadi kuranglah awek terpikat. kecuali dia pakai kereta mewah... he..he.. akak melawak je..

http://adzriel.blogspot.com/2011/02/menjadi-juga-jala-aku.html

http://adzriel.blogspot.com/2011/01/memasakbuat-je.html

Hafzan Sarah said...

boroi2 kang..kita pulak yang tak berselera.wahaha

TeAqArH said...

hahaha....sabor jelah..x
xpe2...da kawen nnt..
kompem pandai masak punye...
syg laki an...

Hafzan Sarah said...

TeAqArH,

mudah-mudahan begitulah hendaknye :D

biruhornet said...

boroi??? -__-" HAHA

Hafzan Sarah said...

biruhornet,

kamu boroii ka
he hek.

biruhornet said...

sebab lu datang belog gwa byk kali gwa datang belog lu byk kali, naaaaiiisss?? HAHA.

boroi? oh plisss~~ HAHA

Hafzan Sarah said...

sama2 naaaiiSSS la lu